Video: Kekasih Kantoi ‘Beromen’ Dipaksa Teruskan Aksi.. Patut Ke?


RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas mereka kini tersebar di media sosial.
Daripada audio rakaman dapat dirumuskan bilangan lelaki yang berlagak sebagai ‘pegawai maksiat’ adalah ramai maka tak hairanlah pasangan berkenaan didapati melakukan perkara mengaibkan seperti disuruh dalam keadaan ketakutan dan tanpa sebarang bicara.
Daripada dialek yang digunakan kejadian dipercayai berlaku di Kelantan.
Berikut video yang telah dikaburkan:






Ini sebenarnya bukan kes pertama kejadian seumpama ini berlaku malah beberapa tahun lalu tersebar rakaman pasangan kekasih dibogelkan termasuk yang perempuan apabila mereka kantoi sedang melakukan maksiat sedangkan secara jelas, adalah mustahil untuk satu-satu penguatkuasaan ‘amar makruf nahi mungkar’ atas nama Islam perlu melibatkan perbuatan keji sebegitu.
Golongan yang berpura-pura kononnya pegawai pencegah maksiat sedangkan mereka sebenarnya golongan ‘sangap seks’ seperti ini harus dibawa ke muka pengadilan.
Meskipun pasangan kekasih dalam rakaman ini sememangnya telah melakukan kesalahan di sisi agama Islam dan boleh didakwa di Mahkamah Syariah, kumpulan yang bertindak di luar batasan dengan mengaibkan mereka juga boleh dihukum kerana terdapat unsur penyamaran, ugutan dan perbuatan mengaibkan secara sengaja telah berlaku.
Nasihat kami buat pasangan kekasih ini, lakukan laporan polis supaya keadilan dapat ditegakkan, sesuai dengan aib diterima.
Pada masa sama, sama-sama ambil iktibar daripada kejadian ini supaya berhenti melakukan maksiat sementara Allah masih menutup aib kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak GAMPANG VS GEMPAK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Google+ Followers

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top